SEORANG wanita meraih perhatian ramai apabila berkongsi kisah mengenai rakan sekerjanya yang tidak berpuasa kerana sedang berbadan dua.
Dalam hantaran di Thread, wanita itu mempersoalkan tindakan rakannya yang makan secara terbuka ketika sedang bertugas di pejabat.
“Dia duduk meja sebelah aku. Faham je dia mengandung. Tapi dia makan di meja sepanjang masa tau. Sedangkan dia boleh je pergi ke pantri.

Wanita yang tidak boleh berpuasa tetap perlu menghormati orang sekeliling. -Gambar hiasan





