SEORANG lelaki tidak menyangka panggilan telefon daripada bapanya setiap malam sejak dua bulan lalu mempunyai sebab yang menyentuh hati.
Menurut perkongsian sahabat lelaki tersebut, rakannya itu pada awalnya menjawab dengan baik setiap kali bapanya bertanya soalan sama berulang kali tentang sama ada dia akan pulang atau tidak.
Namun, lama-kelamaan dia mula berasa rimas dan sengaja tidak menjawab panggilan bapanya pada suatu malam.






