KEPUTUSAN berkahwin kali kedua bukan dibuat atas dasar nafsu semata-mata, sebaliknya lahir daripada keletihan emosi yang dipendam bertahun-tahun dalam perkahwinan pertama.
Demikian luahan seorang lelaki yang berkongsi pandangannya mengenai perbezaan ketara yang dirasai antara isteri pertama dan keduanya.
Bercerita lanjut berdasarkan pengalaman peribadi, lelaki itu berkata pertengkaran kerap berlaku setiap kali dia menegur atau memberi pandangan kepada isteri pertama.

Islam membenarkan lelaki untuk berpoligami, bagi yang berkemampuan. -Gambar hiasan





