SABAN tahun berdepan situasi yang sama, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila kepulangannya ke kampung halaman hanya dianggap sebagai ‘bibik’ oleh ibu bapa sendiri.
Meskipun sudah menempuh pemanduan selama lima jam, semangatnya untuk menyambut Syawal terus luntur sebaik melihat keadaan rumah yang tidak terurus.
“Kecewa sangat, terus rasa tak nak beraya. Sampai je kampung, tengok keadaan rumah macam tongkang pecah. Situasi sama berlaku setiap tahun.
“(Mak ayah) memang mengharapkan aku jadi bibik untuk kemas rumah,” luahnya menerusi satu perkongsian di Threads.

Keterujaan pulang beraya boleh hilang jika berlaku masalah dalam keluarga. -Gambar hiasan
Tambahnya, dia sempat masuk ke bilik untuk berehat sebelum dikejutkan dengan keadaan kipas angin berdiri yang rosak apabila dihidupkan.
Lebih mengecewakan apabila ibu bapanya memaklumkan mereka tidak mengetahui siapa yang menyebabkan kipas tersebut rosak.





