SUDAH menjadi lumrah bagi petugas barisan hadapan untuk bekerja pada musim perayaan disebabkan tanggungjawab besar yang dipikul.
Namun hak golongan ini juga tidak dinafikan kerana kebiasaannya mereka berpeluang meraikan hari raya mengikut amalan pengagihan dan penggiliran cuti setiap tahun.
Bagaimanapun situasi berbeza dialami individu ini apabila dia mendakwa pemberian cuti raya dibuat secara tidak adil dan berasaskan kenegerian.






