MENGGUNAKAN khidmat dan menaja selebriti bukan sesuatu yang asing dalam kalangan usahawan bagi memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan.
Namun tidak bagi seorang pengusaha bakeri yang mempersoalkan keperluan menaja selebriti yang belum tentu mendatangkan sebarang kebaikan kepada perniagaannya.
Bercerita mengenai pengalaman sendiri, dia menerima panggilan daripada individu yang bertanya mengenai tajaan untuk selebriti namun enggan memperincikan tujuan atau butiran mengenainya.

Netizen beranggapan tidak berbaloi menaja artis sekiranya tajaan itu tidak memberi impak. -Gambar hiasan AI





