SEORANG wanita meluahkan rasa bimbang dan terkilan mengenai isu adab dalam kalangan kanak-kanak zaman sekarang, selepas dia menyaksikan satu insiden yang cukup memalukan di sebuah premis.
Dalam hantaran yang dikongsikannya di media sosial, wanita berkenaan mendakwa melihat seorang kanak-kanak lelaki bertindak luar kawalan dengan menyentuh bahagian sensitif pada sebuah patung pameran yang ada di dalam premis tersebut.
Apa yang membuatkan dia lebih terkedu apabila kanak-kanak tersebut tanpa segan-silu turut menyebut perkataan yang tidak sopan dan sangat tidak manis didengar.

Anak perlu dididik dan didedahkan dengan perkara yang baik serta buruk. -Gambar hiasan AI
“Kuat dia cakap… adik nak pegang patung tu . Mak dia cuba tekup mulut budak tu. Masa mak dia kat kaunter, dia selak kain telekung kat patung tu dan raba bahagian kemaluan.





