BUKAN semua orang sedar mereka sebenarnya berdepan masalah bau badan atau bau mulut hingga boleh menjejaskan keyakinan diri serta hubungan sosial.
Namun dalam sesetengah keadaan, ada juga yang menyedari masalah tersebut tetapi sukar mengatasinya kerana ia berpunca daripada faktor kesihatan, bukan semata-mata soal kebersihan diri.
Dalam keadaan begini, ramai antara kita lebih rela berdiam diri atau ‘tahan nafas’ sahaja kerana bimbang teguran itu akan menggores hati dan memalukan mereka.

Salah satu cara untuk menegur seseorang yang mempunyai masalah sedemikian secara berhemah adalah dengan menghantar mesej tanpa mendedahkan identiti diri. -Gambar hiasan AI





