Viral

Sedih tengok anak menangis dalam bilik, bapa kesal sekolah ‘last minute’ maklum tak cukup dana beri anugerah Top 5

SEORANG ayah meluahkan rasa kecewa apabila anaknya mengalami tekanan emosi setelah pihak sekolah dipercayai membatalkan penyampaian anugerah kecemerlangan pada saat-saat akhir.

Menurut individu yang hanya dikenali dengan nama Wan Muhammad, anaknya yang menuntut di sebuah sekolah rendah di Puncak Alam, Selangor menerima surat jemputan rasmi pada Khamis minggu lalu.

Menerusi surat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak sekolah menyatakan anaknya termasuk dalam senarai lima pelajar terbaik dan bakal menerima pengiktirafan dalam majlis kecemerlangan sekolah yang sepatutnya berlangsung pada 14 Januari.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.