KEBERSIHAN sememangnya amat dititikberatkan dalam agama, lebih-lebih lagi di tempat ibadah yang menjadi tumpuan umat Islam untuk bersujud mencari ketenangan.
Namun, kesucian sebuah masjid di Kuala Lumpur dicemari oleh tabiat buruk segelintir pengunjung wanita selepas dinding ruang solat dikesan penuh dengan kesan calitan gincu.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah mencetuskan persoalan besar mengenai tahap mentaliti dan sivik segelintir individu ketika berada di dalam rumah Allah.

Wanita akan memakai mekap semula selepas selesai beribadat. -Gambar hiasan AI
"Ikhlas nak tanya… ni di sebuah masjid kat Kuala Lumpur. Sebelum solat nak tanggal lipstik tu kena cium dinding ke macam mana?
“Selekeh betul," katanya menerusi satu perkongsian di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: "Aku tak tutup aurat" – Wanita berang lelaki terjah surau perempuan tanpa rasa bersalah, alasan nak panggil pasangan





