SEKUMPULAN anak muda meluahkan rasa kesal apabila hasrat untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat musnah sekelip mata disebabkan syarat minimum iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditetapkan tidak dipenuhi.
Kisah sayu mereka dikongsikan seorang kakitangan syarikat terbabit yang secara tidak sengaja mendengar keluhan mereka setelah menghadiri sesi temu duga.
Berkongsi cerita, ujar wanita ini dia terserempak dengan kelompok belia terbabit ketika sedang mengambil pesanan makanan di pondok pengawal.





