NIAT baik seorang wanita untuk bersedekah secara rawak dipandang serong kononnya dia cuba menghina dengan memberi makan secara percuma.
Menceritakan semula kejadian ketika dia mengunjungi sebuah tapak food truck, hatinya tiba-tiba terdetik untuk membuat pembayaran bagi pihak seorang wanita berusia yang turut berada di kedai sama.
“Hal ini buatkan saya sedar, tak semua orang layak terima bantuan kita walaupun kita ikhlas. Saya pernah bayarkan makanan seorang makcik dekat tapak food truck.






