“SAYA tak mampu nak beli kereta,” itulah luahan bapa dalam gambar yang tular di media sosial sedang membawa anak kecilnya menaiki motosikal sambil memakai alat bantuan pernafasan.
Lelaki yang ingin dikenali sebagai Azlan Ishak, 35, itu mendedahkan sebab mengapa dia terpaksa membawa anaknya menaiki motosikal ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah adalah kerana tidak mampu untuk memiliki kereta.
Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan dirinya hingga ada warga maya yang mahu menghadiahkannya sebuah kereta.