MENJELANG Aidilfitri, platform media sosial cukup meriah dengan video ucapan raya kreatif bukan sahaja dalam kalangan penggiat seni, malah masyarakat awam juga turut sama berkarya memeriahkan sambutan tersebut.
Iklan raya, video ucapan dan drama pendek antara yang paling kerap menghiasi laman sosial saban tahun.
Namun, lain pula ceritanya bagi warga Sekolah Kebangsaan (SK) Polis Kem Kulai Johor ini apabila tampil unik menghasilkan sebuah video parodi sempena Aidilfitri kelak.