SETIAP wanita pasti ingin memberikan yang terbaik buat anak-anaknya meskipun terpaksa menempuh fasa sukar sebagai seorang ibu tunggal.
Malah ada yang sanggup menepis jauh-jauh rasa malu apabila terpaksa menurunkan taraf hidup (downgrade lifestyle) daripada mengamalkan gaya hidup mewah kepada berbelanja sekadar ikut kemampuan diri.
Berkongsi pengalaman penuh jerih-perih sedemikian, seorang wanita meluahkan bagaimana roda kehidupannya berubah sekelip mata selepas dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya.






