TERDAPAT beberapa negeri di Malaysia mengambil pendekatan menutup premis perniagaan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada umat Islam menunaikan solat Jumaat.
Menerusi satu perkongsian, seorang pekerja sektor makanan dan minuman (F&B) menceritakan pengalaman berdepan situasi janggal apabila dikunjungi pelanggan wanita hanya seminit sebelum restoran tempatnya bekerja ditutup.
Menurutnya, di Terengganu, kebanyakan premis akan ditutup sekitar pukul 12.30 tengah hari hingga 2 petang pada Jumaat.

Walaupun waktu operasi telah berakhir, pekerja masih perlu menyelesaikan beberapa perkara sebelum menutup perniagaan. -Gambar hiasan AI





