SETIAP ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam menjaga dan merawat anak, lebih-lebih lagi apabila melibatkan bayi yang masih terlalu kecil dan sensitif.
Namun bagi seorang wanita, tindakan seorang ahli keluarga yang didakwa sewenang-wenangnya meletakkan ubat pada bayinya tanpa kebenaran menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.
Menurut wanita itu, ibu saudaranya bertindak menyapu krim gamat pada mata anaknya yang baru berusia dua bulan, meskipun dia tidak pernah meminta sebarang bantuan atau rawatan untuk masalah tersebut.






