SEORANG wanita mencetuskan perbincangan hangat di media sosial apabila secara sinis menyeru golongan perompak ‘membantu’ menyiasat kekayaan pelarian Rohingya.
Dakwa wanita berkenaan, golongan pelarian yang mencari perlindungan di negara ini dilihat mampu memiliki barangan kemas mencecah puluhan ribu ringgit.
Menerusi satu hantaran sinis yang tular di Threads, wanita berkenaan menyuarakan rasa hairan bagaimana golongan tersebut boleh hidup mewah di negara ini.






