Viral

Roda berputar, anak berat hati hulur duit untuk bapa… Memori mengemis minta nafkah masih segar – “Berdosa ke kalau tak bagi?”

MEMBALAS jasa ibu bapa merupakan impian setiap anak yang sudah berjaya, namun bagi sesetengah individu, tanggungjawab itu terasa amat berat apabila terpaksa bergelut dengan parut luka masa lalu.

Itulah dilema yang dihadapi seorang individu apabila mengakui hatinya ‘mati’ untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada bapanya sendiri akibat trauma diabaikan sejak kecil.

Menerusi satu luahan sayu di media sosial, individu tersebut mempersoalkan adakah dia dianggap berdosa sekiranya mengabaikan permintaan bapanya yang kini mula menagih simpati setelah anak-anaknya mula bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik rugi beribu ringgit, tak makan nasihat pula… anak dalam dilema ibu ‘ketagih teruk’ nak cepat kaya

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh