DALAM dunia pekerjaan, budaya saling membantu dan menghargai rakan sekerja sering dizahirkan melalui pelbagai cara termasuk membelanja makanan atau minuman sebagai tanda terima kasih.
Walaupun ada menganggap ia perkara biasa dalam budaya korporat, tidak semua individu selesa dengan amalan tersebut lebih-lebih lagi melibatkan mereka yang sudah berkeluarga.
Berkongsi pandangan, seorang wanita turut kurang senang dengan situasi itu malah memilih menolak pelawaan terutama daripada lelaki suami orang kerana masing-masing mempunyai keluarga perlu diutamakan.

Jaga batas pergaulan di tempat kerja bagi mengelakkan sebarang konflik. -Gambar hiasan AI





