SETIAP keluarga mempunyai cara tersendiri dalam memelihara ukhuwah, terutamanya apabila melibatkan hubungan antara dua belah pihak selepas ikatan perkahwinan.
Bagi seorang wanita, amalan ziarah-menziarahi dianggap sebagai salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim antara keluarga mentua dan keluarga kandungnya sendiri.
Namun dia meluahkan rasa terkilan terhadap sikap bapa mentuanya yang didakwa tidak pernah berkunjung ke rumah keluarganya sejak empat tahun mendirikan rumah tangga.






