KAMERA litar tertutup (CCTV) sepatutnya dipasang untuk mengawasi persekitaran rumah bagi mengelakkan ia dicerobohi.
Namun lain pula situasi dialami wanita ini apabila CCTV yang dipasang jirannya diarahkan ke rumahnya.
Lebih membimbangkan apabila dia turut mendakwa peranti tersebut digunakan untuk memantau pergerakannya setiap masa.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
“Jiran pasang CCTV yang dihalakan ke rumah saya, membuatkan saya rasa tidak selesa dan rasa diperhatikan selain hilang privasi,” demikian luahannya.

Toleransi merupakan kunci keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. -Gambar hiasan
Bukan itu sahaja, pengadu turut meluahkan rasa kecewa apabila dia mendapati rakaman kamera litar tertutup itu disalahgunakan oleh jirannya untuk mengeluarkan kata-kata kesat mengenai pergerakan dan bentuk tubuhnya.
Malah, penghinaan terhadap fizikalnya dipercayai dimuat naik menerusi status WhatsApp untuk tontonan orang lain.
“CCTV juga disalah guna untuk memaki hamun pergerakan saya dan bentuk badan saya yang dimuat naik dalam status WhatsApp.
- Seorang wanita mendakwa CCTV milik jirannya dipasang menghala ke rumah sehingga menyebabkan dia berasa diperhatikan dan kehilangan privasi.
- Peranti itu dipercayai digunakan untuk memantau pergerakan wanita berkenaan setiap masa.
- Jirannya turut didakwa menghina bentuk tubuhnya dan memuat naik kata-kata kesat menerusi status WhatsApp.
- Gangguan yang berlaku berulang kali menyebabkan wanita itu berasa murung serta malu untuk bertemu jiran lain.
- Netizen menyarankannya membuat laporan berkaitan gangguan, buli siber, penghinaan fizikal dan pencerobohan privasi.
“Saya kongsikan sedikit ayat pendek statusnya badan gemuk tapi otak kecil,” adunya lagi sambil menyatakan status berkenaan ditulis dengan panjang oleh individu berkenaan.
Mengakui tertekan dengan situasi tersebut, wanita ini turut mendedahkan perbuatan jiran tersebut sudah berulang kali dilakukan sehingga menyebabkan dia berasa murung dan malu untuk bertemu jiran lain.
“Sampai saya rasa murung dan malu untuk berjumpa jiran-jiran lain,” tambahnya yang cuba mendapatkan pandangan warga maya di Facebook bagi mengambil tindakan perundangan terhadap jiran terbabit.
ARTIKEL BERKAITAN: Tengah malam nampak pergerakan dalam CCTV… Rupanya anak jiran umur 9 tahun lari rumah, tak tahan ayah baran!
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak selesa CCTV jiran jenis bergerak 360 darjah! Kena sentiasa tutup aurat, hilang privasi di rumah sendiri
Hantaran pertanyaannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya berkongsi tindakan yang boleh diambil.
“Ini bukan sekadar isu CCTV tetapi melibatkan gangguan berulang dan penyebaran kenyataan menghina melalui WhatsApp.
“Buat laporan jenayah buli siber iaitu body shaming dan pencerobohan privasi,” demikian reaksi netizen.





