SETIAP percutian pasti meninggalkan kenangan tersendiri, sama ada manis untuk dikenang atau pahit agar boleh dijadikan pengajaran.
Namun bagi seorang wanita ini, percutian berkumpulan yang dirancang bersama suami dan rakan mereka bertukar menjadi pengalaman kurang menyenangkan apabila rakan suaminya didakwa mementingkan diri.
“Tahun lepas ada pergi group trip dengan kawan suami serta isterinya. Macam double date tapi double trip. Awal-awal masa rancang memang rasa fun nak holiday sama-sama.






