NIAT bersedekah sememangnya satu amalan yang mulia, lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan bagi membantu golongan memerlukan.
Namun dalam keghairahan bersedekah, ada kalanya si pemberi terlepas pandang sehingga menjadikan orang susah seolah-olah tempat ‘melupuskan’ barang yang sudah tidak digunakan.
Demikian luahan seorang individu yang mengakui sering menerima sumbangan pakaian lusuh daripada pemberi sedekah sehingga menjadi lambakan ‘sampah’ di rumahnya.






