SEORANG majikan meluahkan rasa lega apabila salah seorang kakitangannya menghantar surat berhenti kerja selepas enam tahun berkhidmat.
Jelasnya, dia sebelum ini berasa serba salah untuk menegur sikap pekerjanya itu yang didakwa prestasinya semakin merosot walaupun dibayar gaji RM5,800 sebulan.
Menurutnya, perniagaan yang semakin berkembang memerlukan idea serta pendekatan baharu, namun pekerja terbabit didakwa gagal menyesuaikan diri dengan perubahan diperlukan.






