MENJAGA ibu bapa uzur bukanlah satu perjalanan mudah, apatah lagi apabila melihat insan yang dahulunya kuat menguruskan keluarga kini semakin hilang kudrat.
Bagi seorang anak, perubahan itu bukan sahaja menguji fizikal tetapi mengundang sebak apabila terpaksa menerima hakikat ‘tempat bergantung’ kini memerlukan perhatian dan penjagaan penuh.
Itulah pengalaman dikongsikan seorang wanita yang tidak dapat menahan air mata ketika membantu ibunya yang uzur menukar lampin pakai buang.






