SETIAP kali ada rakan atau kenalan bercuti ke destinasi popular, pasti akan ada individu yang tidak melepaskan peluang untuk ‘menumpang’ membeli pelbagai barangan.
Walaupun ada yang menganggap ia perkara biasa atau sekadar meminta pertolongan, namun tidak semua selesa dengan ‘budaya’ mengirim yang semakin dianggap normal.
Berdepan situasi sama berulang kali, seorang wanita tampil membuat teguran terhadap sikap segelintir individu yang gemar mengirim pelbagai barangan setiap kali mengetahui orang lain bercuti.

Percutian yang sepatutnya menjadi waktu berehat bertukar penat apabila terpaksa membawa pulang pelbagai kiriman daripada kenalan. -Gambar hiasan AI





