RAMAI dalam kalangan kita pernah melakukan kesilapan serta kenakalan sewaktu usia muda sebelum akhirnya menyedari kesan buruknya apabila semakin dewasa.
Begitulah yang dilalui seorang individu apabila tampil membuat pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka atas kesalahan lampau sekitar tahun 2015.
Menurutnya, ketika sambutan majlis hari raya di sebuah sekolah menengah, dia pernah bersubahat dalam perbuatan mencuri beberapa telefon bimbit milik pelajar yang hadir pada majlis berkenaan.

Menginsafi diri adalah tindakan tepat bagi menjadi manusia yang lebih baik. -Gambar hiasan AI





