SEORANG wanita meraih perhatian hangat netizen selepas memuat naik satu pesanan penting buat rakyat Malaysia yang bakal melancong ke Thailand sepanjang bulan Jun ini.
Menurutnya, banyak elemen ‘pelangi’ bakal muncul di seluruh negara jiran itu memandangkan Jun merupakan bulan sambutan Pride yang dikhususkan buat komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Dalam hantaran di Threads, dia memohon rakyat Malaysia agar tidak ‘melenting’ sekiranya berdepan situasi itu memandangkan Thailand bukanlah sebuah negara Islam.

Thailand turut diberi jolokan syurga makanan oleh pelancong. -Gambar hiasan





