BULAN Ramadan sememangnya sinonim dengan amalan bersedekah atau infak.
Selain bersedekah di masjid dan surau, segelintir individu mengambil langkah mudah dengan memberi infak melalui penjual makanan di bazar kepada orang ramai yang datang memberi juadah berbuka.
Berpeluang menyaksikan perkara tersebut ketika berkunjung ke sebuah bazar Ramadan, seorang wanita bagaimanapun terkejut apabila peniaga yang menerima infak tersebut didakwa tidak amanah.





