MENGHORMATI dan melayani mentua sering dianggap sebagai salah satu daripada tanggungjawab seorang menantu.
Namun ia tidak seharusnya menjadi beban sehingga mengorbankan kesejahteraan diri, lebih-lebih lagi apabila segala urusan rumah tangga dipikul sendirian tanpa sokongan sewajarnya.
Itulah situasi yang diluahkan seorang suri rumah apabila dia mengakui berasa seperti ‘orang gaji’ di rumah sendiri selepas ibu bapa mentuanya tinggal bersama.






