SEORANG wanita meluahkan rasa penat apabila perkongsian kehidupannya di media sosial sering disalah tafsir oleh keluarga mentua dan saudara-mara.
Menurut wanita itu, dia kini terfikir untuk memadam nombor keluarga mentua, adik-beradik, sepupu serta saudara-mara lain selepas mendakwa mereka kerap meminta atau meminjam wang daripadanya.
Katanya, dia gemar berkongsi gambar makanan, percutian dan momen bersama keluarga, namun hantaran itu menyebabkan ada yang menganggap dia boros menggunakan duit suami untuk berbelanja.

Sikap suka meminjam dan gagal melunaskan boleh menyebabkan hubungan menjadi rengang. -Gambar hiasan AI





