DALAM sesebuah perkahwinan, sikap saling membantu dan bertolak ansur merupakan antara kunci penting untuk mengekalkan keharmonian hubungan suami isteri.
Apabila kedua-duanya bekerja, tanggungjawab menguruskan rumah tangga seharusnya dipikul bersama dan bukannya diletakkan sepenuhnya di bahu isteri, termasuklah soal menyediakan makanan.
Ramai beranggapan memasak merupakan tanggungjawab mutlak seorang isteri, sehingga ada yang terlalu bergantung kepada ‘orang rumah’ untuk menyediakan hidangan, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang wanita ini.

Suami isteri sewajarnya bertimbang rasa dalam menguruskan hal rumah tangga. -Gambar hiasan AI





