SEBELUM melangkah ke alam perkahwinan, proses taaruf sering menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mengenali bakal pasangan dan dalam masa sama masih menjaga batas.
Namun, tidak semuanya berakhir seperti diharapkan, seperti mana kisah dikongsikan oleh seorang wanita ini mengenai pengalaman taarufnya dengan seorang lelaki menemui kegagalan.
Menerusi hantaran dikongsikan di Threads, wanita itu berkata pada awalnya lelaki berkenaan dilihat sebagai calon suami berpotensi dan memenuhi kriteria.






