KISAH mengenai lelaki tulen yang menjadi mangsa gangguan golongan songsang atau gay sudah acap kali tular sehingga menjadi perbualan hangat di media sosial.
Bagaimanapun, seorang pemuda berpendapat lelaki yang menerima gangguan sedemikian tidak sewajarnya memperbesarkan isu itu di platform digital.
Menurut individu berkenaan, dia mendapati segelintir lelaki seolah-olah bangga apabila memuat naik tangkapan layar perbualan dari media sosial, seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk diri mereka laris dan menjadi rebutan.






