SEORANG pemuda menyeru ibu bapa tidak menghantar anak lelaki mereka yang berpewatakan lembut ke sekolah berasrama penuh.
Berdasarkan pengalaman sendiri, lelaki ini mendakwa golongan ini lebih mudah dibuli selain menjadi sasaran gangguan seksual yang bakal meninggalkan kesan mendalam terhadap diri anak mereka.
Dia turut menasihati ibu bapa agar lebih peka dengan perwatakan anak lelaki sebelum membuat keputusan menghantar mereka ke sekolah berasrama penuh.






