BERHIJRAH ke tempat baharu boleh membuatkan seseorang mengalami kejutan disebabkan budaya dan cara hidup berbeza.
Seperti kisah dikongsi lelaki ini, dia mengalami kejutan budaya selepas melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Selatan tanah air.
Dia yang berasal dari Pantai Timur bukan sahaja perlu beradaptasi dengan suasana baharu tetapi terkejut apabila mendapati ramai wanita beragama Islam di negeri itu tidak memakai tudung.






