BUAH-BUAHAN yang berbuah lebat dan masak ranum di halaman rumah pastinya akan menarik perhatian jiran tetangga serta orang sekeliling.
Namun bagi seorang pemuda, dia betul-betul hilang sabar dan bengang apabila ada individu tidak bertanggungjawab dengan selamba datang mencuri buah mangga milik keluarganya dalam kuantiti yang tidak masuk akal.
Menurut pemuda itu, dia dan keluarganya tidak kisah untuk berkongsi rezeki, namun ia haruslah berpada-pada dan tidak melampaui batas.

Pemilik pokok biasanya akan berkongsi rezeki dengan jiran-jiran apabila tiba musimnya. -Gambar hiasan AI





