SEORANG penunggang motosikal dari Kedah terkejut apabila menerima saman perangkap had laju (speed trap) kereta yang dikeluarkan di Sarawak, sedangkan kenderaannya tidak pernah berada di negeri berkenaan.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, individu dikenali sebagai Saiful Mat Saad memaklumkan bahawa saman tersebut melibatkan nombor pendaftaran hampir serupa, namun kenderaan yang terlibat adalah sebuah kereta jenis Perodua Aruz dan bukan motosikal jenis Yamaha NVX miliknya.
“Assalamualaikum, sekadar bertanya kerana saya kena saman atas kenderaan orang lain. Nombor pendaftaran salah, motosikal saya SYG85**, yang salah kereta SYG65**. Saya di Kedah, kereta tu di Bintulu, Sarawak,” katanya dalam hantaran tersebut yang tular di laman media sosial sejak Isnin.