KEJAYAAN memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan menjadi impian setiap pelajar, apatah lagi ia ‘tiket’ untuk mengubah nasib diri dan keluarga.
Namun bagi seorang pelajar, kegembiraan memperoleh keputusan straight A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini hanya bertahan seketika.
Ujar gadis ini, segalanya bermula apabila dia gagal mendapatkan biasiswa untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti.






