SIKAP segelintir pengemis warga Rohingya didakwa menunjukkan reaksi kurang ajar serta bertindak kasar setiap kali permintaan mereka tidak dilayan terus mencetuskan rasa berang dalam kalangan orang awam.
Berdasarkan perkongsian di media sosial, beberapa individu mendakwa mereka bukan sahaja pernah dikasari, malah turut diludah oleh pelarian Rohingya.
Terbaharu, seorang pemuda menarik perhatian ramai selepas berkongsi kisahnya yang nekad ‘membalas dendam’ terhadap seorang pengemis kanak-kanak Rohingya yang disifatkan melampaui batas.

Pengemis warga asing juga didakwa sering mengganggu pelanggan yang sedang menjamu selera. -Gambar hiasan AI




