CABARAN seorang guru pada masa kini bukan sahaja berkaitan tugas mendidik, malah turut berdepan dengan sikap dan adab sesetengah pelajar.
Seorang guru wanita berkongsi pengalaman disifatkannya sebagai titik terendah sepanjang bergelar pendidik apabila dia hilang kesabaran dan bertengkar dengan seorang pelajar.
Menurutnya, dia pernah memarahi dan menjerkah pelajar berkenaan selepas berasa tidak dihormati akibat sikap kurang ajar remaja berkenaan.

Segala ilmu tidak akan diberkati apabila kita tidak menghormati guru. -Gambar hiasan AI





