KEHILANGAN pekerjaan secara mengejut sememangnya boleh memberi kesan besar kepada seseorang, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kerjaya yang diminati dan menjadi sumber pendapatan utama untuk menyara hidup.
Namun, apa yang lebih menyakitkan apabila situasi tersebut berpunca daripada tindakan khianat dan penganiayaan oleh pihak lain yang kurang senang sehingga tergamak menutup periuk nasi seseorang.
Begitulah luahan seorang wanita yang mendakwa kehilangan pekerjaan gara-gara tindakan seorang pengurus di syarikat tempat dia bekerja.






