PENGGUNAAN gajet dalam kalangan kanak-kanak kini menjadi perkara biasa namun ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memantau kandungan yang diakses anak-anak.
Seorang wanita berkongsi pengalaman memalukan selepas menyedari anaknya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk membuat siaran langsung di TikTok tanpa pengetahuannya.
Menurut wanita itu, kejadian berlaku ketika dia sedang menggosok pakaian dan hanya memakai baju tidur.

Ibu bapa perlu memantau kandungan yang ditonton anak-anak. -Gambar hiasan AI





