SEJAK kebelakangan ini semakin ramai bakal pengantin memilih menggunakan perkhidmatan bride assistant (BA) bagi membantu mengurus pelbagai perkara sepanjang hari bahagia mereka.
Ini termasuk membantu persiapan pengantin perempuan sehinggalah mengurus keperluan kecil ketika majlis berlangsung agar keadaan tidak menjadi kelam-kabut.
Namun di sebalik itu, aspek profesionalisme ketika menjalankan tugas juga perlu dititikberatkan apabila melibatkan interaksi antara BA dan mempelai.






