SEORANG individu lelaki terkejut apabila menerima maklumat menyatakan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia, didaftarkan sebagai penerima insurans skim Insan Selangor.
Menurut Fais Al-Hajari, ibunya yang sudah meninggal sejak 31 Mei 2022 kini didaftarkan dengan skim insurans tersebut yang bernilai RM10,000 sejak 9 November 2022.
“Macam mana mak saya Aripah Damanhuri yang dah meninggal dunia sejak 31 Mei 2022 boleh mendaftar untuk Skim Insan ini pada 9 November 2022.