IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga, seorang bapa diuji dengan dugaan yang amat berat apabila isterinya meminta perpisahan sebaik sahaja dia kehabisan harta benda demi membiayai pembedahan jantung anak mereka.
Mengakui sudah tidak kuat berdepan ujian itu, lelaki berusia 34 tahun ini mengakui fikiran dan jiwanya kini terganggu apabila mengenangkan nasib anak-anak yang masih kecil.
Meluahkan kesedihan di hati, lelaki itu berkata situasi yang dialami itu berlaku selepas dia menjual segala harta benda sehingga hanya tinggal sehelai sepinggang.






