TIDAK dinafikan anak remaja yang sedang meningkat usia cenderung untuk bersikap memberontak dan menjauhkan diri daripada ahli keluarga secara tiba-tiba.
Perkara tersebut adakalanya turut menggangu emosi ibu bapa apabila mereka buntu memikirkan perubahan sikap anak.
Sedang berdepan masalah tersebut, seorang ibu meluahkan rasa sedih dan terluka apabila anak perempuannya yang baru berusia 14 tahun tiba-tiba enggan bercakap dengannya.






