BUDAYA bertaaruf melibatkan orang tua dan kenalan istimewa anak semakin diamalkan masyarakat masa kini.
Malah ia dianggap sebagai satu langkah penting sebelum melangkah ke alam perkahwinan sekali gus mengelakkan hubungan toksik dan tidak ‘sebulu’ antara menantu dan mentua.
Meskipun semakin dinormalisasi, namun ada segelintir ibu bapa yang masih berpegang teguh pada budaya dan adab Timur.






