ADAB dan tingkah laku anak-anak perlu dibentuk sejak kecil bagi memastikan mereka tahu menghormati orang lain apabila berinteraksi.
Seorang lelaki berdepan pengalaman kurang menyenangkan apabila seorang kanak-kanak lelaki didakwa secara tiba-tiba menunjukkan jari tengah kepadanya ketika dia berada di sebuah kedai jahit.
Menerusi cerita yang dikongsikan di media sosial, lelaki itu berkata kejadian berlaku ketika dia datang mengambil pakaian yang siap diubah suai.

Didik anak dengan tanamkan adab dan rasa hormat terhadap orang lain sejak kecil. -Gambar hiasan AI





